Jalan yang kita pilih adalah jalan yang kita akan lalui... tak kira berduri atau beranjau, berlopak atau berlubang... semuanya akan kita lalui...

Kerana apa???, kerana kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya, kerbau dinilai pada beratnya, manusia dinilai dari teguh peribadinya....

Samaada besar atau kecil, panjang atau lebar, tinggi atau rendah, berbayar atau percuma... kita ada semangat yang memperkukuhkan peribadi, kita ada maruah yang berpaut pada kata kita, niat kita dan amalan kita....

Kita tidak diikat dengan apa yang kita terima, kita tidak dipaksa kerana apa yang kita dapat, kita tidak disuruh kerana apa yang kita dijanjikan tetapi kita berkhidmat kerana kita setia, kita setia kerana kita percaya, kita percaya kerana kita yakin, kita yakin kerana kita merasainya, dan kita merasainya kerana kita melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasanya dengan deria kita, dengan jiwa kita, dengan semangat kita, dengan naluri kita, dengan ilmu kita, dengan amal kita bahawa kita adalah pejuang yang berjuang atas keyakinan kita, atas semangat kita tanpa dibayar atau disuruh, tanpa dipaksa atau dipujuk...

Kita berjuang dari satu nafas "Hu" yang pertama hingga lafaz akhir yang dua أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ kita akan teruskan perjuangan ini, dari titis pertama darah ibu kita hingga titis akhir darah kita... Inilah jalan kita, inilah yang kita pilih... Melintang patah membujur lalu. Tiada ragu, tiada undur, hanya maju atau terkubur.

Biar mati tanpa jasad dari hidup sebagai bangsat. Biar mati tak dikenang, dari hidup tak berasa tenang.

Inilah satu Barisan kita, tak akan kita biar pecah sebiji, kita rela pecah sesarang, tak akan mati seorang, kita mati seBarisan... Ini saf kita, ini barisan kita, ini saudara kita yang berkongsi satu iman, satu kiblat, satu nafas, satu semangat, satu jiwa, satu perjuangan, satu bangsa, satu hati.

I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat!


Ikuti kami di Media Sosial: