Gambar Hiasan
Acapkali kita didendangkan dengan retorik meremajakan UMNO sebelum ini, satu ungkapan tanpa apa-apa makna yang jelas dan terang apatah lagi punya apa-apa usaha tuntas untuk melaksanakannya - hanya ungkapan retorik dalam ucapan-ucapan pemimpin UMNO.
 
UMNO tidak perlu diremajakan kerana UMNO adalah sebuah parti yang "evergreen" atau malar hijau. Kita punya pelbagai sayap yang sepatutnya mampu menarik golongan muda seperti Pemuda dan Puteri. Apalah ertinya "meremajakan" UMNO keseluruhannya jika kedua-dua sayap ini gagal menarik golongan muda?
 
UMNO sepatutnya menjadi SEORANG TUA yang dihormati golongan muda:- bukannya terkinja-kinja untuk meremajakan dirinya seperti Pak Maon:- yang tak sedar dirinya sudah tua:- akhirnya membuang tongkatnya semata-mata hendak berdansa di kabaret.
 
Jika kita kaji watak Pak Maon yang bermuka-muka kononnya membaca kitab tetapi sanggup menyarung seluar yankee dan berbaju kolar tegak - sanggup menipu bini kononnya ke surau, maka kita akan dapati segelintir Pemimpin UMNO juga berperangai begini dan akhirnya bukan sahaja memalukan dirinya tetapi menjadi bahan jenaka anak-anak muda.
 
UMNO tidak perlu diremajakan semata-mata untuk menarik golongan muda, tetapi UMNO perlu menjadi sebuah parti yang dihormati anak-anak muda, dikasihi ahli-ahlinya dan digeruni lawannya.
 
PPBM membuktikan bahawa mereka adalah Parti Orang-Orang Tua yang dihormati anak-anak muda:- dipimpin oleh seorang tua berumur 93 tahun tetapi disokong anak-anak muda tanpa perlu membuang tongkat atau berseluar yankee untuk berdansa!

Ikuti kami di Media Sosial: