Sepintas Lalu

Identiti bangsa melayu adalah satu misteri yang sukar dijawab, ada yang mengatakan asalnya dari Keturah, isteri Nabi Ibrahim A.S dan pelbagai teori lagi yang bisa memenatkan otak untuk difikirkan.

Secara mudahnya, bangsa melayu adalah salah satu dari ribuan bangsa Asli Nusantara yang setaraf Sakai dan jakun hari ini tetapi telah berasimilasi dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju dan berperadaban seperti dari India, Sumeria, China dan lain-lain. Bangsa-bangsa yang lebih maju ini kemudiannya berasimilasi sesama sendiri menerusi perkahwinan, peperangan, perdagangan dan lain-lain dan akhirnya membentuk pelbagai bangsa maju seperti Melayu, Majapahit, Jawa, Minangkabau dan lain-lain.

Bangsa melayu adalah bangsa yang penuh misteri, lelakinya gila mengamuk dan perempuannya melatah. Latah merupakan suatu emosi kebudayaan yang khas dari masyarakat Melayu (Gimlette, 1912; Kenny, 1978; Winzeler, 1995). Penafsiran terhadap latar belakang fenomena ini dapat dilakukan melalui pendekatan psikoantropologis, psikoanalisis, dan psikiatris. Dalam perspektif peneliti Barat, latah merupakan suatu kondisi kebudayaan masyarakat yang sulit dimengerti sebab akibatnya (Geertz, 1968). Munculnya latah telah diteliti sejak abad pertengahan oleh kalangan petualang hingga pegawai pemerintah kolonial. Dalam pandangan Barat, latah dipandang unik dan eksotis. Perspektif psikokultural dalam pandangan Barat menjelaskan keberadaan latah, seperti berikut: “The upbringing, general cultural environment, and biological predisposition of the latah victim combine in such a way that his/her susceptible to the kinds of shocks which precipitate latah episodes. When such shocks occur barely repressed material of a largely sexual nature spontaneously rises to the surface in the form of obscenities or threatening erotic dreams. With the controlling powers of the ego temporary in abeyance, the latah may be induced to involuntarily imitate or repeat the words and deeds of onlookers.” (Kenny, 1990: 128).

Amuk dipopularkan oleh Rudyard Kipling seorang penulis dan penyajak British. Amok dijadikan satu perkataan Inggeris kerana tiada bangsa lain yang dijajah British mempunyai kegilaan begini bagi mengambarkan kegilaan yang tidak terkawal. Ianya juga digunakan untuk mengambarkan gajah di India yang menggila dan menyebabkan kemusnahan. Inilah sifat genetik orang melayu yang mana dimuatkan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV) yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association sebagai kegilaan khusus untuk orang-orang Melayu sahaja. Amok dianggap sebagai “specific sociopathic culture-bound syndrome in Malay culture

Melayu adalah bangsa yang punya sains dan teknologi yang tinggi, ambil sahaja teknologi keris. Keris dilakurkan (fusion – istilah yang digunakan oleh Sains untuk teknologi keris) menggunakan sehingga 21 jenis besi yang dilakurkan.

Apa pentingnya 21 jenis ini?

Masyarakat barat menyanjung tinggi Damascus Steel yang dipercayai dilakurkan dari 9 jenis besi. Damascus Steel dianggap satu keajaiban teknologi masa silam yang mana ianya disebut oleh Al-Kindi dan Al-Biruni dalam buku masing-masing. Sesuatu yang menarik mengenai Damascus Blade ini adalah teknologi cementite nanowires dan carbon nanotubes yang mana ianya ditemui oleh Dresden University of Technology dan ianya juga ditemui dalam keris (rujuk Kochmann, W.; Reibold, Marianne; Goldberg, Rolf; Hauffe, Wolfgang; Levin, Alexander A; Meyer, Dirk C; Stephan, Thurid; Müller, Heide et al (2004). “Nanowires in ancient Damascus steel”. Journal of Alloys and Compounds) dan (Reibold, M.; Paufler, P; Levin, AA; Kochmann, W; Pätzke, N; Meyer, DC (November 16, 2006). “Materials: Carbon nanotubes in an ancient Damascus sabre”). Keris pula mampu dilakurkan menggunakan sehingga 21 jenis besi! Istimewanya keris ini kepada bangsa kita bukan kerana kesaktiannya tetapi kerana ianya mengambarkan TEKNOLOGI!. Malahan ada sesetengah sarjana berpendapat Damascus Steel adalah teknologi pra-matang orang Melayu yang dibawa sehingga ke dunia Arab oleh Pedagang dan Askar Upahan Srivijaya yang disebut dalam Sejarah Arab sebagai Sayabiga.

Gabriel Ferrand dalam L’empire Sumatranais de Çrivijaya menyatakan bahawa: “The Sayabiga are the descendant of ancient Sumatran immigrant to India then to Iran and Persian Gulf, where there is evidence if their existence before Islam. This is not surprising because we know from other sources also that the Sumatran colonized Madagascar at a very early date. The eastern route is very familiar to them.”

Kerajaan Srivijaya menguasai Kedah untuk menguasai teknologi besi – Teknologi Besi Kedah ini dipercayai berusia sehingga 2000 tahun (pentarikhan karbon) iaitu pada awal abad pertama masehi dengan penemuan kawasan industri besi di Sungai Batu dan Jeniang Kedah. Kedah Tua dipercayai sebagai pengeksport besi berkualiti tinggi ke India.

Ini terbukti apabila Al-Idrisi menulis dalam Kitab Rujar yang maksudnya berbunyi “Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana, membekalkannya ke seluruh India. Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini. Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan mereka, sebagaimana mereka memahami bahasa masing-masing” – Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya, empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara. Disini kita tahu sejak zaman Srivijaya, orang Melayu sudah mengeksport besi ke India.

Laksamana Hang Tuah, apakah istimewanya pula?

Horts H.Liebner seorang Pakar Perkapalan Jerman berkata “Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling around Asian waters with very advanced technology. The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The ship, believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed. Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine, the ship Columbus used to sail to America and 15th century European ships were all less than 20 meter

Catatan Portugis menyatakan “Dalam pertempuran 1583 kapal Laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Acheh. Beberapa geliung Acheh juga turut musnah” Kejayaan Acheh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut. Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia: “Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos, caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside ason the barges of Ribatejo

Sehingga awal abad ke-20, Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi Inggeris, iaitu tidak menerima Residen Inggeris. Johor menerima Residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914. Johor Moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau, yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah dan kekuatan Angkatan Laut dan Empayar Kesultanan Melaka. Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal Raja-Raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer British yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi, geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris. Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima Residen Inggeris. Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal. Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung membuktikan mereka adalah ‘The Lord of Sea’ walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah. Mereka mewarisi kemahiran para tukang kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean. Jika Acheh hanya mampu naik selepas kejatuhan Empayar Melaka – Bayangkan kekuatan Armada Laut Melaka yang dibawa lari ke Riau oleh Laksamana Khoja Hassan semasa Melaka diserang Portugis?

Hang Tuah adalah Laksamana Armada Melaka – Kerajaan Terkaya Di Dunia pada zaman itu! Empayar yang menguasai separuh Nusantara, yang mengawal Selat Melaka dari pangkal ke hujung, yang memiliki beratus-ratus Geliung dan Kapal-Kapal Perang yang bermeriam moden (catatan Portugis mengesahkan bahawa Melaka mempunyai beribu-ribu pucuk meriam berkualiti tinggi setara dengan meriam Jerman) dan pernah mematahkan serangan pertama Portugis ke atas Melaka. Angkatan Laut ini jugalah yang pernah menumpaskan Angkatan Laut Siam yang hendak menyerang Melaka.

Hang Tuah diagungkan kerana dia adalah seorang Laksamana Tentera Laut Terbesar dan Terkuat di Nusantara. Yang mengetahui andai kiranya dia menderhaka – Akan tumbanglah sebuah empayar dan akan membuka peluang kepada kuasa kafir menakluki Melaka yang menaungi Islam di Nusantara.

Cati Bilang Pandai adalah ayahanda kepada Adat dan Adab Melayu, beliau adalah bapa kepada Datuk Perpatih Putih dan bapa tiri kepada Datuk Katamanggungan yang menjadi pelopor adat Temenggung dan Adat Perpatih menyatakan; Melayu Itu Bertuhan, Melayu Itu Bertuan, Melayu itu Bertaulan, Melayu itu Berpengetahuan dan Melayu itu Budiman.

Melayu punya ciri khas dalam jiwanya yang hanya bisa dicungkil dari kemalangan dan ketidakberuntungan. Melayu punya perasaan halus untuk melindungi agamanya, melindungi Yang DiPertuan, melindungi saudara taulannya dan itu harus dimenfaatkan untuk melindungi kepentingan Melayu Keseluruhannya.

Sejarah telah membuktikan kemampuan MELAYU ketika diperlukan, semasa era penjarahan British, anak-anak muda melayu dalam UMNO telah menunjukkan satu keberanian yang muktamad apabila merancang untuk merampas kuasa secara bersenjata dari British sekiranya British enggan mengadakan Pilihanraya Umum 1954 sebagai perintis kearah kemerdekaan.

Pasukan yang ditubuhkan oleh Tun Sardon Jubir, Datuk Ahmad Badawi, Tan Sri Samad Idris dan Hamzah Alang telah mendapat pelbagai sokongan dari kalangan anak muda melayu. Malahan mereka juga pernah cuba untuk berunding dengan Rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya. Malahan mereka sekali lagi cuba untuk merampas kuasa sekiranya British enggan memberikan kemerdekaan pada 1957 malahan kali ini dengan bantuan sekumpulan 800 orang Tentera Melayu dari Royal Artillery yang diketuai oleh Sarjan Mejar Hassan Bin Nordin.

Pasukan yang diberi nama Barisan 33 ini mempunyai lagenda semangat juang yang seharusnya dicontohi hari ini. Maka atas rasa penuh keinsafan dan keperluan untuk mengadakan satu pasukan yang mampu berkhidmat, bertindak dan berjuang sepanjang zaman bagi tujuan kempen dan gerak gempur, kami telah menghidupkan semula Barisan 33 dengan semangat dan iltizam baru.

Barisan 33 generasi baru ini telah direkayasa dengan pelbagai unit khusus untuk kempen dan gerakkerja pilihanraya moden termasuklah kawalan keselamatan, demonstrasi dan perisikan.


Ikuti kami di Media Sosial: