Sejarah Barisan 33

Barisan 33 telah ditubuhkan dalam Pemuda UMNO pada tahun 1954 sebagai satu Pasukan Bersenjata yang bertujuan melancarkan perang terhadap British sekiranya tidak bersetuju mengadakan Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu yang mengantikan Malayan Union. Barisan 33 ini ditubuhkan oleh Tun Sardon Jubir, Datuk Ahmad Badawi, Tan Sri Samad Idris dan Hamzah Alang yang akan melancarkan perang dengan merampas senjata di balai polis di kampung-kampung.

Barisan 33 sekali lagi bakal mengangkat senjata sekiranya British tidak bersetuju untuk memberikan Kemerdekaan pada tahun 1957. Sarjan Mejar Hassan Bin Nordin telah mengetuai 800 orang tentera dari Royal Artillery bersedia untuk mengadakan rampasan kuasa.

Kewujudan Barisan 33 ini telah dinukilkan dalam Memoir Shamsiah Fakeh – Dari AWAS ke Rejimen ke-10 yang mana Shamsiah Fakeh menyebutkan perihal rombongan Barisan 33 yang datang berbincang untuk bekerjasama dengan Rejimen Ke-10 bagi melancarkan perang bersenjata terhadap British. Kewujudan Barisan 33 juga dinukilkan dalam buku Lilin Membakar Diri – Analitikal Pimpinan Pemuda: Ahmad Badawi Abdullah Fahim dan Buku Pemuda UMNO – Putera Merdeka.


Ikuti kami di Media Sosial: