Barisan 33 adalah satu pertubuhan yang mengabungkan pejuang-pejuang dan potensi-potensi siasah untuk menjadi satu mekanisme tempur politik yang meliputi pelbagai unit bagi menafikan keampuhan Unit Amal PAS dan Red Bean Army DAP. Diperkasakan dengan kombinasi disiplin, latihan yang intensif dan kepelbagaian unit tempur seperti Unit Demonstrasi, Unit Perang Siber, Unit Penerbitan, Unit Risikan, Unit Kawalan Keselamatan, Unit Tempur Pilihanraya dan lain-lain bagi melengkapkan Barisan 33 sebagai satu jentera kempen Pilihanraya yang paling efektif dan efisien.

Diregimenkan dalam sebuah pertubuhan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan, Barisan 33 ini bertujuan :

  1. Memperkasakan pemahaman, pengetahuan dan kecintaan terhadap Agama, Bangsa, Raja-Raja dan negara
  2. Mewujudkan 1 Pasukan Tempur Kempen dan Media yang pelbagai bagi tujuan:-
    • Mewujudkan Pasukan Sukarelawan yang mampu berkhidmat untuk tujuan-tujuan kemasyarakatan
    • Menambahkan Bilangan Pengundi Menjelang PRU15.
    • Membina Undi yang kekal dan utuh menyokong Agama, Bangsa dan Negara.
    • Memberikan Penerangan secara Masif dan Meluas.
    • Berkempen secara efektif, efisien, praktikal, ekonomikal, tepat, betul dan reliable bukan sahaja di media maya malahan di jalanan dan di kaki lima.
  3. Mewujudkan peluang-peluang untuk membina diri dan pendapatan melalui organisasi-organisasi dibawah naungan Barisan 33
  4. Menjaga kebajikan ahli yang selama ini dinafikan kebajikan mereka.
  5. Membina sahsiah diri dan jatidiri unggul bagi melahirkan pemimpin pelapis yang unggul dan berketrampilan.

Ikuti kami di Media Sosial: