ReConnect adalah satu Program anjuran Pertubuhan Barisan 33 Malaysia dengan kerjasama Makmal Media Sosial Kebangsaan yang bertujuan untuk membantu golongan remaja keciciran sekolah untuk mendapat kemahiran dalam bidang IT dengan bayaran paling minimal atau tanpa sebarang bayaran bersesuaian dengan syarat-syarat.

Untuk melaksanakan hasrat ini, kami merayu semua pihak yang berminat untuk mendermakan komputer-komputer lama atau apa-apa perkakasan IT anda samaada yang masih berfungsi atau tidak berfungsi lagi kepada kami. Pihak kami akan memperbaiki perkakasan berkenaan secara "hardware swap" dengan perkakasan lain yang didermakan.

Komputer-komputer yang didermakan ini akan dihantar ke pusat-pusat latihan yang akan kami wujudkan seberapa segara. Selain itu, komputer-komputer yang sudah dibaikpulih ini turut akan didermakan ke masjid-masjid dan rumah anak yatim yang memerlukan. Kami juga mengalu-alukan permohonan dari mahasiswa yang memerlukan komputer untuk pembelajaran mereka.

Peserta  di pusat-pusat latihan ini akan dilatih menjadi Usahawan dalam pelbagai bidang Teknologi Maklumat atau mampu menjadi seorang Pentadbir System (System Administrator), Pentadbir Laman Web (Website Administrator), Jurutera Sistem (System Engineer) dan lain-lain yang diikhtiraf serata dunia. Para peserta akan digalakkan untuk menduduki sijil-sijil profesional seperti Linux Foundation Certified Sysadmin, Linux Foundation Certified Engineer, LPIC-1 Certified Linux Administrator, LPIC-2 Certified Linux Engineer, LPIC-3 300: Linux Enterprise Professional Mixed Environment, LPIC-3 303: Linux Enterprise Professional Security, LPIC-3 304: Linux Enterprise Professional Virtualization and High Availability, termasuklah sijil-sijil profesional dari Novell, Oracle, Red Hat dan lain-lain yang nilainya melebihi Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam dalam negara. Pemilik sijil-sijil ini mempunyai nilai pasaran pekerjaan serendah USD5,000.00 sebulan untuk pasaran Asia Pasifik berbanding sekitar RM2,500 - RM3,000 untuk "fresh graduate".

Kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk membiayai sewa, utiliti dan elaun pengajar. Anda juga boleh menyumbang perabot lama yang bersesuaian seperti meja banquet, kerusi belajar, papan putih, projector, printer dan lain-lain.

Dermakanlah komputer-komputer lama anda untuk kegunaan anak bangsa kita!

Untuk Menderma - anda boleh menghubungi nombor-nombor berikut samaada menerusi panggilan telefon atau whatsapp!

Kuala Lumpur dan Selangor

Azanisham - 012-7654 577  -  Dr Harlem - 010-8033 782 - Siti Moinie - 011-3959 3915 - Elyana - 013-2019 768

Perak

Anuar Johari - 011-5196 2647

Langkawi

Hafiz - 011-1251 8146

Perlis

Abu Ubaid Al-Helmy - 019-8309 211

Kelantan

 

 

Silibus yang akan diajar kepada peserta akan memastikan mereka mempunyai nilai pasaran yang tinggi dalam pasaran pekerjaan. Antara Tajuk-tajuk yang dirangka adalah :-

Linux Sebagai Sistem Perkomputeran Perniagaan

  • Linux Sebagai Sistem Perkomputeran Perniagaan - Zero Licensed
  • Aplikasi Automasi Pejabat - Libre Office
  • Quasar Accounting dan SQL-Ledger
  • Rapid Graphing Software for Technical Analysis of Stocks and Commodities
  • Crossover Office

Pembangunan Laman Web

  • CPanel dan Plesk
  • Joomla dan Wordpress
  • Pembinaan Laman Web Untuk Perniagaan

Linux Web Server

  • Installation and Administration
  • What is web server?
  • HTTP protocol
  • Install and configure Apache, MySQL and PHP (LAMP)
  • Directory Structure
  • Virtual hosts
  • Aliases and redirecting
  • Logging
  • Security best practice
  • Performance and Troubleshooting

Kali Linux

  • Basic of Kali Linux - Install, Booting, Menus, Find, Locate and Which
  • The Essential Tools
  • Passive Information Gathering
  • Penetration Test
  • Working With Exploits
  • Privilege Escalation
  • Client Side Attacks
  • Web Application Attacks
  • Password Attacks
  • Port Redirection and Tunneling
  • The Metasploit Framework
  • Bypassing Antivirus
  • Assembling the Pieces: Penetration Breakdown

Kesemua Silibus akan dikendalikan oleh Makmal Media Sosial Kebangsaan dengan kerjasama Open Source Initiative (OSI) dan didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ikuti kami di Media Sosial: